Welcome to my life..

Wednesday, March 29, 2006

Jenjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara be rjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya.Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lear. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kann dan kiri.
Wanita yang berjala dengan gaya yang sedemikian tidak ambl kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata

Darah

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
"

Tulisan

Menurut seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tulisan tangan dapat mempengaruhi sikap,pergaulan dan juga sedikit sebanyak dapt mempengaruhi percintaan.....

KECONDONGAN TULISAN

• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

BENTUK TULISAN

• LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Tido

Menurut Psikologi kamu boleh melihat cara tidur sesorg krn ia boleh menceritakan tingkah laku seseorg di bawah sedar.Ini krn, ketika dlm keadaan jaga,ramai yg berhati-hati dgn bahasa tubuh.Sebaliknya ketika tidur,segala-galanya berlaku di bawah sedar.Verikut ialah 10 posisi tidur yg melambangkan peribadi kamu:

1.TERLENTANG DGN KAKI & TANGAN YG TERBUKA LUAS
Kmu digambarkan sbg seorg yg suka kebebasan & seorg kekasih yg menyenangkan hati.Tetapi,kamu seorg yg boros,cuma kamu bernasib baik krn pendapatan juga lumayan.Satu lagi ,sikap kamu yg tidak digemari ramai org ialah suka menjaga tepi kain org & seronok bergosip.Entah siapa pla selepas ini yg menjadi 'mangsa' gosip kamu!

2.TERLENTANG DGN KEDUA-DUA BELAH TGN DI LETAKKAN DI BAWAH KEPALA
Cara tidur spt ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yg tinggi & bersemangat belajar ttg sesuatu.Bagaimanapun ada kalanya kamu mempunyai byk idea yg pelik sehingga menyukarkan org lain mengikutinya.Dr sudut yg lain,kamu sukar jatuh cinita dgn sesiapa.Atau,mungkin krn kamu seorg yg pemilih?

3.TERLENTANG & KAKI BERSILANG
Mereka yg tidur dgn gaya spt ini adalah seorg yg memikirkan ttg dirinya & sukar menerima perubahan.Mereka juga suka bersendirian tetapi seorg yg bertolak ansur.

4.TIDUR MENIARAP DAN KEDUA-DUA TGN DI ANGKAT DAN DI BENGKOK SEDIKIT
Jika kamu tidur sepjg mlm dgn muka menghadap tilam,kamu berkemungkinan seorg yg tidak berfikiran terbuka.Kemungkinan kamu juga tidak mempedulikan hal org lain.Kamu juga selalu memaksa org lain supaya memenuhi keperluan kamu.Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur.Mungkin,masanya telah tiba utk kamu merubah cara tidur?

5. TIDUR DGN CARA SISI
Melambangkan bahawa kamu seorg berkeyakinan.Pada masa yg sama,kamu dpt melihat kejayaan dlm apa juga yg dilakukan.Ini semuanya hasil usaha tanpa hentiyg kamu lakukan.Mereka tidur pd sisi kanan,tgn kanan direnggang hinggan ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa & tuah.

6.SISI DAN BADAN MERINGKUK
Kamu digambarkan sbg sorg yg pentingkan diri sendiri,cemburu dan pendendam.Mereka yg berada di sekeliling kamu harus berhati-hati,krn kamu seorg yg mudah mrh.

7.SISI,LUTUT SEDIKIT BENGKOK DAN SEBELAH TGN DI ATAS TUBUH
Berbeza dgn personaliti sblm ini,kamu adalah seorg yg lembut,ikhlas,penyayang & berbudi bahasa.Bagaimanapun ini bkn lah ukuran bahawa kamu seorg yg sempurna.Ada baiknya,kamu belajar meningkatkan keyakinan diri & menerima kesilapan @ sesuatu yg mungkin kurang sempurna.Tetapi,kebahagiaan tetap muncul dlm perjalanan hidup kamu.

8.SISI DGN SEBELAH LUTUT BENGKOK
Kamu digambarkan sbg seorg yg cerewet & selalu merungut.Cepat gemuruh,mudah tertekan,teruja walau hanya perkara2 kecil.Kamu perlu belajar utk relaks.

9.TIDUR SEOLAH-OLAH DLM KEADAAN BERDAKAP
Kamu sebetulnya dlm kesunyian & kemurungan krn terlalu 'obses' dgn kegagalan masa lampau dan masalah yg anda hadapi.Tidur dgn cara ini juga menggambarkan,bahawa kamu seorg yg ragu2 & sukar membuat keputusan.Ini menyebabkan rmai yg berpandangan bahawa kamu hilang kasih syg dlm kehidupan.

10.BERSELUBUNG DLM SELIMUT
Jgn terkejut kalu dikatakan,kamu hanaya kelihatan m'macho' ketiak di tempat awam,ttp hakikatnya kamu seorg yg amat pemalu & lemah.Kamu juga menyimpan byk rahsia.Tetapi,jika kamu berdepan dgn masalah,kamu hanya memendam & hanya menderita sendirian tanpa mendpatkan nasihat @ bantuan sesiapa.Atas sbb itulah,wajah kamu juga sering berkerut ketika tidur.